Time Is Precious

Tuesday 23 April 2013

PERTANDINGAN SOLEKAN PENGANTIN KULAI 2013

Promosi Pertandingan Solekan Sempena Pameran Pengantin Kulai

Pertandingan Solekan

 "White Wedding Concept"

12 Mei 2013 @ 3 Petang

sempena 
Pameran Pengantin, Kecantikan & Fesyen

IOI Mall Bandar Putra Kulai, Johor, Malaysia
anjuran
Juz Zarith Innovation



Jika anda mempunyai kemahiran solekan yang mahu diketengahkan atau ingin mencuba mencungkil bakal terpendam terutamanya yang menetap di Kulai, Senai, dan Kota Tinggi, boleh sertai kami di dalam pertandingan Solekan Pengantin dengan berkonsepkan White Wedding.

Pertandingan ini yang dianjurkan bersempena Pameran Pengantin, Kecantikan dan Fesyen menawarkan hadiah berupa piala, hamper, wang tunai dan sijil bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.

Untuk makluman lanjut boleh hubungi kami di 07-2386879/012-7033455
atau anda boleh datang mendaftarkan diri di kaunter urusetia bermula dari 3 Mei 2013 
(10 pg-10 mlm)

Rebutlah peluang ini untuk mempersembahkan bakat anda secara LIVE kepada para bakal Pengantin yang  melawat tapak-tapak promosi di sekitar pentas utama yang hadir untuk mendapatkan pakej-pakej perkahwinan pada harga istimewa. Mane tahu ada bakal pengantin yang tertarik dengan hasil kerja anda di sana.

Maklumat lanjut berkaitan pameran pengantin --->KLIK SINI<---

Tuesday 16 April 2013

PERTANDINGAN RATU SI CILIK KULAI SEMPENA PAMERAN PENGANTIN KULAI JOHOR 2013

Ratu Si Cilik
Pertandingan Ratu Si Cilik "My Little White Wedding Dress"

 

 

Pertandingan Ratu Si Cilik

 "My Little White Wedding Dress"

5 Mei 2013 @ 3 Petang

sempena 
Pameran Pengantin, Kecantikan & Fesyen

IOI Mall Bandar Putra Kulai, Johor, Malaysia
anjuran
Juz Zarith Innovation



Jika anda mempunyai anak-anak kecil yang mempunyai bakat terpendam terutamanya yang menetap di Kulai, Senai, dan Kota Tinggi, boleh sertai kami di dalam pertandingan Kanak-Kanak dengan berkonsepkan My Little White Wedding Dress.

Pertandingan ini yang dianjurkan bersempena Pameran Pengantin, Kecantikan dan Fesyen menawarkan hadiah berupa hamper dan sijil bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.

Untuk makluman lanjut boleh hubungi kami di 07-2386879/012-7033455
atau anda boleh datang mendaftarkan anak anda di kaunter urusetia bermula dari 3 Mei 2013 
(10 pg-10 mlm)

Sambil menyaksikan persembahan si comel anda, anda juga boleh melawat tapak-tapak promosi di sekitar pentas utama untuk mendapatkan pakej-pakej perkahwinan pada harga istimewa, melawat pusat-pusat jualan kecantikan dan butik fesyen.

Maklumat lanjut berkaitan pameran pengantin --->KLIK SINI<---

Berikut adalah sedutan gambar-gambar peserta comel yang telah menyertai pencarian Ratu Si Cilik
di Plaza Angsana Johor sempena Gala Seri Pesona Ratu Sehari ke-17, 2013 (Januari 2013)















Thursday 11 April 2013

PAMERAN PENGANTIN, KECANTIKAN & FESYEN, 2013 IOI MALL KULAI

PROMOSI PAMERAN PENGANTIN KULAI JOHOR 2013

Banner Promosi Pameran Pengantin Johor


PAMERAN PENGANTIN JOHOR 2013
IOI Mall, Bandar Putra, Kulaijaya, Kulai, Johor
3 - 12 Mei 2013

Satu lagi Pameran Pengantin Berprestij di Johor yang dibawakan khas oleh Juz Zarith Innovation kini kembali ke IOI Mall, Bandar Putra KulaiJaya, Kulai, Johor.


Pameran Pengantin kali ini meneruskan legasi konsep White Wedding Day tetapi melalui pendekatan berlainan dari aspek kreativiti setempat yang dihasilkan oleh usahawan perkahwinan tempatan khasnya dari Kulai dan Johor.


AKTIVITI PAMERAN PENGANTIN

Antara acara-acara menarik yang akan diadakan di Pentas Utama Pameran:
- Bridal Marathon (Pertunjukan Rekaan Terkini Baju Pengantin dari setiap Bridal terlibat yang berkonsepkan White Wedding)
- Pertandingan Solekan Berkonsepkan White Wedding
- Bridal Fashion Show (Sabtu & Ahad) (Persembahan Fesyen Baju Pengantin Berkonsep oleh Bridal Terkemuka
- Ratu Si Cilik – My Little White Wedding Dress (Pertandingan khas untuk Kanak-kanak bagi mencungkil bakat dalam bidang peragaan dan acara pentas)
- Demo Penjagaan kulit muka oleh Maria Galland
- Pertunjukan Busana Pengantin/ Perkahwinan
- Lelongan Busana Pengantin – Sabtu & Ahad Lelongan Pakaian/ Baju Pengantin yang telah direka oleh Pereka-pereka Fesyen Johor yang terkemuka pada harga diskaun dan murah.
- Pertandingan Menghias Sireh Junjung


Pameran pengantin ini bermula dari 3 Mei 2013 hingga 12 Mei 2013 menyasarkan para bakal pengantin yang menetap atau akan berkahwin di dalam atau berhampiran BANDAR PUTRA KULAI, SENAI, KOTA TINGGI, SKUDAI, TAMAN U, BANDAR TENGGARA, BANDAR KULAI, Kulaijaya, SEDENAK DAN KAWASAN SEWAKTU DENGAN NYA.

Datanglah beramai-ramai untuk mendapatkan promosi perkahwinan daripada para usahawan perkahwinan dan butik-butik pengantin yang berasal dari Kulai dan Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Bunting Pameran Pengantin
Di antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan nasihat dan perkhidmatan sampingan perkahwinan yang meliputi Pakej Wedding Planner, Pakej Pelamin serta Hiasan Dewan, Hiasan Bilik Tidur Pengantin dan Meja Utama (Makan Damai), Pakej Baju Pengantin (Baju Nikah, Baju Sanding, Baju Malam Berinai), Pakej Solekan dan Dandanan Rambut Pengantin (Wedding Make-up), Pakej Perkhidmatan Fotografi Perkahwinan, Album Gambar Kahwin dan Video Perkahwinan, Pakej Katering dan Kanopi Perkahwinan, Pakej Kek Kahwin, Pakej Kad Kahwin dan Papan Tanda Tunjuk Arah Lokasi Perkahwinan,  dan Cenderahati Perkahwinan.

Turut menyertai kami ialah Pusat-pusat kecantikan Wajah dan kesihatan badan yang akan menjadi tumpuan para bakal mempelai yang ingin mempersiapkan diri untuk hari bahagia mereka termasuklah Pusat-pusat Spa, Rawatan wajah dan Makanan Kesihatan.

Menambahkan pilihan kepada koleksi bakal mempelai ialah Butik-butik pereka pakaian yang menawarkan perkhidmatan rekaan dan jahitan bagi tempahan baju sama ada baju perkahwinan atau baju bersantai.  


Kepada warga Kulai, Senai, Kota Tinggi dan Skudai yang mempunyai anak-anak kecil berbakat, kami mempelawa anda untuk menghantar mereka ke pertandingan Ratu Si Cilik dengan berkonsepkan "My Little White Wedding Dress"

Pertandingan Ratu Si Cilik "My Little White Wedding Dress"
untuk maklumat lanjut Pertandingan ini
---> SILA KLIK SINI UNTUK RATU SI CILIK <---

Kepada Penduduk Kawasan Kulai yang belum pernah merasai kehangatan pameran kami di Plaza Angsana pada Bulan Januari 2013 sila lihat Video2 Promosi PESERTA BOOTH di link berikut
Klik --> PROMOSI-PROMOSI PERKAHWINAN
Penduduk Kulai akan merasai promosi yang sama hebatnya pada 3 hingga 12 Mei ini di IOI Mall Kulaijaya datanglah beramai-ramai mendapatkan promosi-promosi perkahwinan yang ditawarkan!!!

IKUTI PERKEMBANGAN PROMOSI DENGAN 
KLIK LIKE --> LAMAN FB KAMI