Time Is Precious

Thursday 11 April 2013

PAMERAN PENGANTIN, KECANTIKAN & FESYEN, 2013 IOI MALL KULAI

PROMOSI PAMERAN PENGANTIN KULAI JOHOR 2013

Banner Promosi Pameran Pengantin Johor


PAMERAN PENGANTIN JOHOR 2013
IOI Mall, Bandar Putra, Kulaijaya, Kulai, Johor
3 - 12 Mei 2013

Satu lagi Pameran Pengantin Berprestij di Johor yang dibawakan khas oleh Juz Zarith Innovation kini kembali ke IOI Mall, Bandar Putra KulaiJaya, Kulai, Johor.


Pameran Pengantin kali ini meneruskan legasi konsep White Wedding Day tetapi melalui pendekatan berlainan dari aspek kreativiti setempat yang dihasilkan oleh usahawan perkahwinan tempatan khasnya dari Kulai dan Johor.


AKTIVITI PAMERAN PENGANTIN

Antara acara-acara menarik yang akan diadakan di Pentas Utama Pameran:
- Bridal Marathon (Pertunjukan Rekaan Terkini Baju Pengantin dari setiap Bridal terlibat yang berkonsepkan White Wedding)
- Pertandingan Solekan Berkonsepkan White Wedding
- Bridal Fashion Show (Sabtu & Ahad) (Persembahan Fesyen Baju Pengantin Berkonsep oleh Bridal Terkemuka
- Ratu Si Cilik – My Little White Wedding Dress (Pertandingan khas untuk Kanak-kanak bagi mencungkil bakat dalam bidang peragaan dan acara pentas)
- Demo Penjagaan kulit muka oleh Maria Galland
- Pertunjukan Busana Pengantin/ Perkahwinan
- Lelongan Busana Pengantin – Sabtu & Ahad Lelongan Pakaian/ Baju Pengantin yang telah direka oleh Pereka-pereka Fesyen Johor yang terkemuka pada harga diskaun dan murah.
- Pertandingan Menghias Sireh Junjung


Pameran pengantin ini bermula dari 3 Mei 2013 hingga 12 Mei 2013 menyasarkan para bakal pengantin yang menetap atau akan berkahwin di dalam atau berhampiran BANDAR PUTRA KULAI, SENAI, KOTA TINGGI, SKUDAI, TAMAN U, BANDAR TENGGARA, BANDAR KULAI, Kulaijaya, SEDENAK DAN KAWASAN SEWAKTU DENGAN NYA.

Datanglah beramai-ramai untuk mendapatkan promosi perkahwinan daripada para usahawan perkahwinan dan butik-butik pengantin yang berasal dari Kulai dan Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Bunting Pameran Pengantin
Di antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan nasihat dan perkhidmatan sampingan perkahwinan yang meliputi Pakej Wedding Planner, Pakej Pelamin serta Hiasan Dewan, Hiasan Bilik Tidur Pengantin dan Meja Utama (Makan Damai), Pakej Baju Pengantin (Baju Nikah, Baju Sanding, Baju Malam Berinai), Pakej Solekan dan Dandanan Rambut Pengantin (Wedding Make-up), Pakej Perkhidmatan Fotografi Perkahwinan, Album Gambar Kahwin dan Video Perkahwinan, Pakej Katering dan Kanopi Perkahwinan, Pakej Kek Kahwin, Pakej Kad Kahwin dan Papan Tanda Tunjuk Arah Lokasi Perkahwinan,  dan Cenderahati Perkahwinan.

Turut menyertai kami ialah Pusat-pusat kecantikan Wajah dan kesihatan badan yang akan menjadi tumpuan para bakal mempelai yang ingin mempersiapkan diri untuk hari bahagia mereka termasuklah Pusat-pusat Spa, Rawatan wajah dan Makanan Kesihatan.

Menambahkan pilihan kepada koleksi bakal mempelai ialah Butik-butik pereka pakaian yang menawarkan perkhidmatan rekaan dan jahitan bagi tempahan baju sama ada baju perkahwinan atau baju bersantai.  


Kepada warga Kulai, Senai, Kota Tinggi dan Skudai yang mempunyai anak-anak kecil berbakat, kami mempelawa anda untuk menghantar mereka ke pertandingan Ratu Si Cilik dengan berkonsepkan "My Little White Wedding Dress"

Pertandingan Ratu Si Cilik "My Little White Wedding Dress"
untuk maklumat lanjut Pertandingan ini
---> SILA KLIK SINI UNTUK RATU SI CILIK <---

Kepada Penduduk Kawasan Kulai yang belum pernah merasai kehangatan pameran kami di Plaza Angsana pada Bulan Januari 2013 sila lihat Video2 Promosi PESERTA BOOTH di link berikut
Klik --> PROMOSI-PROMOSI PERKAHWINAN
Penduduk Kulai akan merasai promosi yang sama hebatnya pada 3 hingga 12 Mei ini di IOI Mall Kulaijaya datanglah beramai-ramai mendapatkan promosi-promosi perkahwinan yang ditawarkan!!!

IKUTI PERKEMBANGAN PROMOSI DENGAN 
KLIK LIKE --> LAMAN FB KAMI

No comments:

Post a Comment