Time Is Precious

Saturday 18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin


Kami dari Keluarga Juz Zarith (Butik Juz Zarith & Juz Zarith Innovation) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin atas segala salah & silap sepanjang perhubungan kami dengan anda semua. Kami mendoakan semoga anda semua bergembira di hari lebaran ini bersama keluarga tersayang.

Berhati-hatilah semasa membawa kenderaan ingati orang tersayang.

Terima kasih kerana telah sudi sentiasa dan terus menyokong Butik kami di Butik Juz Zarith, Level 3, Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Johor Bahru yang sedang mempromosikan koleksi Baju Rumah Terbuka untuk dimiliki oleh anda semua.

Kepada para pasangan yang sedang merancang untuk berkahwin juga anda boleh mendapatkan info terkini di Juz Zarith Innovation yang sedang mempromosikan dan menganjurkan Pameran Pengantin, Gala Seri Pesona Ratu Sehari ke-16, di Concourse Area, Level 2, Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Johor Bahru. Pameran ini akan disertai oleh 40 usahawan perkahwinan Johor Bahru yang terdiri daripada para perancang Perkahwinan, Penyedia Pelamin dan Khemah perkahwinan, Pusat andaman, fotografi dan video perkahwinan, pusat kad kahwin, dan cenderahati perkahwinan. Untuk senarai peserta pameran pengantin ini anda boleh semak di link ini :

LINK SENARAI PESERTA PAMERAN PENGANTIN 

GALA SERI PESONA RATU SEHARI KE-16


No comments:

Post a Comment